Ramai juga rakan2 terdekat, sedara-mara dan tak ketinggalan family(mami n mama) pernah berpesan pada aku.. "jaga jepun(en.Amin) tu elok2..susah nak jumpa suami baik, penyayang macam tu. Jangan suka marah2.. dalam rumah tangga kene give and take.." Aku pulak balas "nampak baik ke jepun tu?"..hehe..soalan memancing namanya tu..Diorang akan balas "baik sangat. Nampak dia sayang kakwi sangat2.."..adehh..luruh jantung aku bila ayat2 macam tu kedengaran kat cuping telinga aku.
Memang aku sangat setuju dengan kata2 diorang. En.Amin baik sangat. Sejak aku kenal dia sehingga ke detik ini..itulah dia. Tak pernah berubah sikap(berubah fizikal adela..perot makin kedepan..lalala..). Macam mana dia layan aku sewaktu bercinta, macam tu jugalah sekarang. Terima kasih Ya Allah di atas izin-Mu, kurniaan-Mu yang tak terhingga ni. Moga aku dan en.Amin sentiasa berada di dalam keredhaan-Mu Ya Allah. Apa yang benar2 buat aku bertambah gilakan dia adalah sikap dia yang suka memanjakan aku. Dan aku pula dah terlebih2 dan mengada2 manja dengan dia..hehe..yela..dia yang ajar aku jadi manja..nasib la..(^.^)
Aku terpaksa akui, en.Amin sangat bertanggungjawab dalam mengemudi hala tujuan pelayaran bahtera perkahwinan kami. Dia lah tunjang sangat sangat kuat dan teguh. Dia seorang yang sangat5x penyabar. Dengan sikap aku yang sangat6x panas baran agak2 korang boleh bayangkan tak macamana keadaannya..
Pernah juga aku tanya dia.."Bang..macamane abg boleh sabar dengan sikap adeq ni..?" Dengan selamba dia menjawab.."Abg faham,abg kenal adeq..adeq penat layan anak2,buat kerja rumah..marah tu salah satu cara utk adeq lepaskan perasaan tu..jadi abg tak ambik hati pun.." Katenye sambil tersengeh kerang kat aku.. Lorr..boleh pulak dia cakap dia faham bila aku marah..adoiii...baik sungguh buah hati aku ni..Ya Allah..Kau berkatilah setiap urusannya Ya Allah.Amin..
Pernah juga orang cakap dan tanya.."aku nampak ko bahagia je..ko tak gaduh ke dengan jepun?"..Aku jawab la "Alhamdulillah..setakat ni takde masalah..semuanya baik2 saje"..Jawapan artis..nasib baik tak cakap 'no komen'..hihi.. Tak logik kan kalau dalam rumah tangga takde gaduh. Dengan mak ayah kite pun kite bergaduh, tak puas hati..inikan pulak dengan dengan orang lain. Tapi apa yang aku dan en.Amin amalkan sepanjang 6 tahun perkahwinan kami ialah kami tak suka nak membesarkan hal yang remeh. Semua orang pun buat silap. So bila kita buat silap, cepat2 kita mintak maaf dan the other side, rendahkan hati memberi kemaafan. Forgive and forget. Ingat..kita ni bukan maksum. Hari ni pasangan kita buat silap, next time kite plak yang buat. Sama je. Jadi tak perlulah nak simpan2 dendam, pendam2 dalam hati, niat nak balas plak nanti...kan semua tu jalan menuju kearah keruntuhan rumahtangga.
Terima seadanya dia. Contoh la dia suka korek kaki dan cium..nak buat macamana..terima jela. Asalkan jangan lupa tanggungjawab dan tahu diri sudah. Kita pun bukan sempurna sangat sampai tak boleh terima kekurangan pasangan. Terima la bagaimana pun dia seikhlasnya. InsyaAllah Allah akan bahagiakan hati kita. Tapi kalau dah sampai suka pukul, sepak terajang kita tu memang tak patut diterima. Lelaki bila dah sekali naik kaki tangan..mesti dia akan buat lagi...dan lagi.. Nauzubillah!
Last sekali, tak perlu nak cerita hal rumahtangga pada orang lain. Semua orang ada masalah rumahtangga. Bukan kite je. Takyah ketar2 diri nak cerita yang kite ni ada masalah. Macam la masalah kita ni gempak sangat sampai orang lain nak tau. Orang memang suka dengar masalah rumahtangga orang lain. Bukan sebab apa, boleh la gie canang pulak kat orang lain. Last2 kita dan pasangan jugak yang malu. Bila dah berbaik, nanti kita dengan muka tak malu cerita yang kita dah ok. Masa ade masalah habis hal dalam kain cerita. Bila dah berbaik, dengan orang yang kate tu jugak yang kita "bersama". Sungguh tak malu. Nanti bila cerita dah tersebar, orang dah tak hormat lagi kat pasangan kita. Yela..dah tau semua perangai buruk. Balik2 mereka dan keluarga mereka yang malu..i tak malu..(-.-)
Kalau nak berkongsi masalah elok la diceritakan pada keluarga sendiri..yang boleh dipercayai. Yela..kalau tak share masalah tak boleh jugak. Nanti lama2 boleh jadi giler. So the best way is, share dengan orang yang benar2 boleh dipercayai.
Moralnya, kalau kita lakukan semua perkara kerana Allah..InsyaAllah Allah akan permudahkan semuanya. Ujian yang Allah bagi adalah untuk bagi kita kuat. Tuhan kita semua sama. Kalau ada masalah, adukan pada Allah saja. Kita adukan kat orang lain tak leh jadi apa pun. Dia yang Maha Berkuasa. Tiada kuasa selain Dia. So, buat ape mintak tolong dengan orang lain. Kita ada Allah..Mintak saje dengan Dia. Dia Maha Mendengar..trust in Allah and ur life will be fine! Try it guys!
p/s : kalau rase nak marah dengan anak2,cepat2 cakap dalam hati "aku buat kerana Allah"..terus sejuk hati. Betul..tak tipu!