Bila plan nak balik muadzam je terus anak2 seronok kemain. Same jugak la kalau nak balik nenasi. Bak kate ibu, kalau nak balik kampung macam nak gie overseas gayanya. Kalau diberi pilihan nak gie main kt ecm ke nak balik kampung..tanpa kompromi diorang akan jawab "nak balik kampung!!!!"
Bila nak balik umah mami ni aku akan packing siap2 malam b4 tu. Sebab bila nak balik muadzam macam2 mende nak bawak. Serba mak nenek. Macam nak gie meniaga kat pasar malam pun ye. Gie penuh bonet, nak balik nanti pun penuh bonet. Hala pergi barang nak bagi mami, nanti balik barang mami plak bagi kitorang.
Anak2 pulak dah macam cd lekat..ulang2 mende yang sama..
"bila kita nak balik umah nenek ni?"
"esok.."
Jap lagi tanye lagi..
"pukul berapa nak balik umah nenek ni?"
"esok petang pas ayah balik keje.."
Soalan yang spesis macam ni la yang akan berlanjutan sehingga sampai ke pintu rumah nenek..hadoii..
Sebab tu la kalau nak gie memane jangan diberitahu kanak2 riang dua orang ni. Kalau tak..macam ni la jadinya. Jawab soalan yang sama all day long. Padan muke ibu..dah tau anak camtu..sape suruh mulut macam tempayan..haa..layan la..lalalala~~
Okla..nak gie setelkan belen2 barang yang nak di pack.. Yihaaahh!..can't wait!
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..
Ini adalah sebuah naskah terbuka hak milikku. Catatan harian, perjalanan hidup, pengalaman pahit manisku ada di sini. Semuanya tentang diriku, keluargaku dan insan2 yang terdekat denganku. Moga ada ilmu bermanfaat yg bolehku kongsikan dengan u ols :)
Khamis, Mei 06, 2010
Hak milik exklusif!
Memang aku sangat setuju dengan kata2 diorang. En.Amin baik sangat. Sejak aku kenal dia sehingga ke detik ini..itulah dia. Tak pernah berubah sikap(berubah fizikal adela..perot makin kedepan..lalala..). Macam mana dia layan aku sewaktu bercinta, macam tu jugalah sekarang. Terima kasih Ya Allah di atas izin-Mu, kurniaan-Mu yang tak terhingga ni. Moga aku dan en.Amin sentiasa berada di dalam keredhaan-Mu Ya Allah. Apa yang benar2 buat aku bertambah gilakan dia adalah sikap dia yang suka memanjakan aku. Dan aku pula dah terlebih2 dan mengada2 manja dengan dia..hehe..yela..dia yang ajar aku jadi manja..nasib la..(^.^)
Aku terpaksa akui, en.Amin sangat bertanggungjawab dalam mengemudi hala tujuan pelayaran bahtera perkahwinan kami. Dia lah tunjang sangat sangat kuat dan teguh. Dia seorang yang sangat5x penyabar. Dengan sikap aku yang sangat6x panas baran agak2 korang boleh bayangkan tak macamana keadaannya..
Pernah juga aku tanya dia.."Bang..macamane abg boleh sabar dengan sikap adeq ni..?" Dengan selamba dia menjawab.."Abg faham,abg kenal adeq..adeq penat layan anak2,buat kerja rumah..marah tu salah satu cara utk adeq lepaskan perasaan tu..jadi abg tak ambik hati pun.." Katenye sambil tersengeh kerang kat aku.. Lorr..boleh pulak dia cakap dia faham bila aku marah..adoiii...baik sungguh buah hati aku ni..Ya Allah..Kau berkatilah setiap urusannya Ya Allah.Amin..
Pernah juga orang cakap dan tanya.."aku nampak ko bahagia je..ko tak gaduh ke dengan jepun?"..Aku jawab la "Alhamdulillah..setakat ni takde masalah..semuanya baik2 saje"..Jawapan artis..nasib baik tak cakap 'no komen'..hihi.. Tak logik kan kalau dalam rumah tangga takde gaduh. Dengan mak ayah kite pun kite bergaduh, tak puas hati..inikan pulak dengan dengan orang lain. Tapi apa yang aku dan en.Amin amalkan sepanjang 6 tahun perkahwinan kami ialah kami tak suka nak membesarkan hal yang remeh. Semua orang pun buat silap. So bila kita buat silap, cepat2 kita mintak maaf dan the other side, rendahkan hati memberi kemaafan. Forgive and forget. Ingat..kita ni bukan maksum. Hari ni pasangan kita buat silap, next time kite plak yang buat. Sama je. Jadi tak perlulah nak simpan2 dendam, pendam2 dalam hati, niat nak balas plak nanti...kan semua tu jalan menuju kearah keruntuhan rumahtangga.
Terima seadanya dia. Contoh la dia suka korek kaki dan cium..nak buat macamana..terima jela. Asalkan jangan lupa tanggungjawab dan tahu diri sudah. Kita pun bukan sempurna sangat sampai tak boleh terima kekurangan pasangan. Terima la bagaimana pun dia seikhlasnya. InsyaAllah Allah akan bahagiakan hati kita. Tapi kalau dah sampai suka pukul, sepak terajang kita tu memang tak patut diterima. Lelaki bila dah sekali naik kaki tangan..mesti dia akan buat lagi...dan lagi.. Nauzubillah!
Last sekali, tak perlu nak cerita hal rumahtangga pada orang lain. Semua orang ada masalah rumahtangga. Bukan kite je. Takyah ketar2 diri nak cerita yang kite ni ada masalah. Macam la masalah kita ni gempak sangat sampai orang lain nak tau. Orang memang suka dengar masalah rumahtangga orang lain. Bukan sebab apa, boleh la gie canang pulak kat orang lain. Last2 kita dan pasangan jugak yang malu. Bila dah berbaik, nanti kita dengan muka tak malu cerita yang kita dah ok. Masa ade masalah habis hal dalam kain cerita. Bila dah berbaik, dengan orang yang kate tu jugak yang kita "bersama". Sungguh tak malu. Nanti bila cerita dah tersebar, orang dah tak hormat lagi kat pasangan kita. Yela..dah tau semua perangai buruk. Balik2 mereka dan keluarga mereka yang malu..i tak malu..(-.-)
Kalau nak berkongsi masalah elok la diceritakan pada keluarga sendiri..yang boleh dipercayai. Yela..kalau tak share masalah tak boleh jugak. Nanti lama2 boleh jadi giler. So the best way is, share dengan orang yang benar2 boleh dipercayai.
Moralnya, kalau kita lakukan semua perkara kerana Allah..InsyaAllah Allah akan permudahkan semuanya. Ujian yang Allah bagi adalah untuk bagi kita kuat. Tuhan kita semua sama. Kalau ada masalah, adukan pada Allah saja. Kita adukan kat orang lain tak leh jadi apa pun. Dia yang Maha Berkuasa. Tiada kuasa selain Dia. So, buat ape mintak tolong dengan orang lain. Kita ada Allah..Mintak saje dengan Dia. Dia Maha Mendengar..trust in Allah and ur life will be fine! Try it guys!
p/s : kalau rase nak marah dengan anak2,cepat2 cakap dalam hati "aku buat kerana Allah"..terus sejuk hati. Betul..tak tipu!
satu lagi hari..
Hari ni en.Amin kerje petang. Masuk pukul 3 tapi tengahari tadi dah keluar. Hantar hamper kt UIA. Breakfast tadi buat nasik goreng dan goreng keropok lekor yang en.Amin beli kat pasar malam semalam.
Hari ni mood macam kurang bagus. Pagi tadi ajar kandar membaca dan lepas tu makan sesama before en.Amin keluar. I hate this feeling! Yela..bila mood asyik nak marah2 dan semua orang dalam rumah pun kene tak pasal2..hihi..sorii..
Tak suka sebenarnye bila en.Amin kerja petang. Lebih2 lagi pulak malam ni dia habis lambat. Dalam pukul 1-2pg katanye. Aku membuta dulu la jawabnye. Tapi serius memang tak suke bile en.Amin kerja petang. Habis kerja pukul 11 malam. Sampai rumah dalam pukul 11.30 paling awal. Kalau tak 12tgh mlm. Seram duk rumah malam2..ehee.. Lebih2 lagi kat Kuantan ni.. hmm... tapi apakan daya, en.Amin bukan sesaja nak keluar tinggalkan i bersama anak2..Dia keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Yela..since aku dah berhenti kerja, semua perbelanjaan terletak dibahu dia.. Ibu hanya manage hal kat rumah, manage kewangan dan manage family..:)
Nak gie mandi dan ajar kandar ngaji..Salam..
Hari ni mood macam kurang bagus. Pagi tadi ajar kandar membaca dan lepas tu makan sesama before en.Amin keluar. I hate this feeling! Yela..bila mood asyik nak marah2 dan semua orang dalam rumah pun kene tak pasal2..hihi..sorii..
Tak suka sebenarnye bila en.Amin kerja petang. Lebih2 lagi pulak malam ni dia habis lambat. Dalam pukul 1-2pg katanye. Aku membuta dulu la jawabnye. Tapi serius memang tak suke bile en.Amin kerja petang. Habis kerja pukul 11 malam. Sampai rumah dalam pukul 11.30 paling awal. Kalau tak 12tgh mlm. Seram duk rumah malam2..ehee.. Lebih2 lagi kat Kuantan ni.. hmm... tapi apakan daya, en.Amin bukan sesaja nak keluar tinggalkan i bersama anak2..Dia keluar mencari rezeki untuk kami sekeluarga. Yela..since aku dah berhenti kerja, semua perbelanjaan terletak dibahu dia.. Ibu hanya manage hal kat rumah, manage kewangan dan manage family..:)
Nak gie mandi dan ajar kandar ngaji..Salam..
Rabu, Mei 05, 2010
kurma ayam cik soya
Ni memang lauk febret kandar. Kalau buat insyaAllah abes nasik dia makan. Mari kita cekidaut bahan2 dan cara membuatnye..
Ayam Kurma Cik Soya
Bahan2:
Ayam dipotong sederhana
Santan(aku memang guna santan kotak)
Ubi kentang
Rempah kurma ADABI 2 sudu besar
Bawang besar 1 biji dibelah empat
Bawang merah 2 biiji ditumbuk
Bawang putih 2 biji ditumbuk
Halia 1cm ditumbuk
Cara2:
Tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau
Kemudian masukkan rempah kurma. Tumis dan gaul sebati.
Masukkan santan dan secawan air(jika terlalu pekat)
Masukkan ayam dan kentang. Biarkan masak
Setelah hampir masak, masukkan bawang besar, garam dan gula secukup rasa.
Siap sudaa..
hari-hari Hari Ibu..
Petang semalam lepas en.Amin balik kerja, terus dia mandikan anak2. Semalam kan malam selasa. En.Amin dah tau malam selasa, malam untuk ibu tengok cerita "kamelia katrina" @ astro ria. So, dia taknak ganggu ibu tengok tv. Lepas mandikan kandar, ajar ngaji dan layan anak2 makan. Ibu tercongok depan tv tunggu kul 9..
Ni lah yang buat aku sayang giler dengan en.Amin. Program tv febret aku dia tak pernah lupa/kacau. Walaupun aku dah jadi surirumah sepenuh mase sekarang, dia tetap hormat ape yang aku minat. Sentiasa ringan tulang tolong aku buat kerja rumah. Sampai sekarang pun dia yang bangun tengah malam untuk buat susu kandar. Walaupun esoknya nak kene bangun pagi gie kerja. Bukan sekadar sayang, cinta.. malah aku terlalu hormatkan dia.
Pastu pagi tadi masa aku tengah bersiap nak buat breakfast, dia peluk aku dari belakang dan cakap "Selamat Hari Ibu..arini ibu tayah masak, ayah beli breakfast kat zaman jer". Aku pun setuju ajer. Yela..sesekali die nak suruh aku rilex tak payah masakkan.. aku takde hal punyer. Tapi untuk lunch aku masak jugak. Dah tau memang en.Amin suke nak bawak bekal. Tu yang masakkan ayam kicap kesukaan dia tu..
p/s : Terima kasih kat Allah dan mak sebab lahirkan dan membesarkan en.Amin sehingga dia menjadi seorang yang sangat berguna, menghormati perasaan orang, penyayang dan sesuatu yang sangat berharga yang aku pernah miliki..
Selasa, Mei 04, 2010
makan milo
Klip en.Amin layan kandar dan efan makan milo saje(bukan minum milo). Ibu tak bagi, mintak dengan ayah.. InsyaAllah diluluskan serta merta. Ibu ni bukan ape, makan milo saje tu comot. Lekat2 kat baju, tumpah2..leceh..hihi..padahal mase ibu kecik pun suke makan milo saje..nenek tak bising pun..lalalala~~
ayam epal cik soya
Ahaa.. hari ni aku nak tempelkan satu menu yang aku baruuu buat tadi. Tengok resepi dalam AFC. Bahan sama dah. Rasa.. mungkin lagi sedap dari chef tu buat..lalala..pasann..sori2..gurau ajer..
p/s : sesuai makan dengan roti, buat macam isi sandwich..
Ayam Epal
Ayam bahagian dada
Buah epal 2 biji (dipotong dadu sederhana besar)
Air perahan limau nipis sesudu kecil
Lada hitam 5 biji
Bawang besar 1 biji dimayang
Bawang putih 1 biji diketuk
Air secawan
Cara2:
Masukkan semua bahan ke dalam periuk.
Renehkan di atas api sederhana.Tambah garam sikit.
Bila ayam sudah masak, angkat dan racik2kan ayam.
Gaul rata dan siap untuk dihidang.
Senang je..
ayam kicap nenas
Sebenarnye ni resepi ayam masak kicap. Tapi sebab aku sesaja tambah nenas sebab nak abeskan nenas tin yang minggu lepas buka. Maka terhasil la...
Bahan2:
Ayam dipotong sederhana
Nenas (aku gune nenas dalam tin)
Bawang putih 2 biji ditumbuk
Bawang merah 3 biji ditumbuk
Halia 1cm ditumbuk
Kicap 3 sudu makan
Sos cili 1 sudu kecil
Cili boh 2 sudu makan
Cara2:
Gorengkan ayam terlebih dahulu. Goreng sampai setengah masak. Angkat dan asingkan.
Gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi(kalau banyak sangat tuangkan dalam bekas lain),
masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sampai naik bau.
Kemudian masukkan kicap, sos cili dan cili boh. Gaul rata.
Kalau nak berkuah tambahkan sikit air.
Kemudian masukkan ayam tadi bersama nenas. Gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rase.
Siap untuk dihidang..
p/s : Ayam kicap kan memang febret en.Amin.. tu yang cekap sangat aku masak..har har har..
Ayam Kicap Nenas Cik Soya
Ayam dipotong sederhana
Nenas (aku gune nenas dalam tin)
Bawang putih 2 biji ditumbuk
Bawang merah 3 biji ditumbuk
Halia 1cm ditumbuk
Kicap 3 sudu makan
Sos cili 1 sudu kecil
Cili boh 2 sudu makan
Cara2:
Gorengkan ayam terlebih dahulu. Goreng sampai setengah masak. Angkat dan asingkan.
Gunakan minyak yang sama goreng ayam tadi(kalau banyak sangat tuangkan dalam bekas lain),
masukkan bawang putih, bawang merah dan halia. Tumiskan sampai naik bau.
Kemudian masukkan kicap, sos cili dan cili boh. Gaul rata.
Kalau nak berkuah tambahkan sikit air.
Kemudian masukkan ayam tadi bersama nenas. Gaul rata. Tambah garam dan gula secukup rase.
Siap untuk dihidang..
p/s : Ayam kicap kan memang febret en.Amin.. tu yang cekap sangat aku masak..har har har..
ayah dan anak..same je
Sempat lagi en.Amin main layan game dengan kandar sebelum gie keje tadi. Memang la diorang berdua ni. Kalau bab main game serah la kat diorang. Yang anak tukang tembak yang ayah tukang kawal stereng. Jap lagi kandar datang kat ibu ngadu.."ibu, ayah tak bagi main game". Bile aku intai..ewah2, die plak yang konker sengsorang sebab kandar tak reti main sangat. Punyela seh dah mari, abeh anak pun kene alau.. adoii.. anyway dedua pun aku sayang.. ikut korang la..
p/s : Kejap lagi kandar lari la tu..tatahan main dengan ayah..hahaha :D
Kusyuk main game..
Efan tukang sibuk..
wayang 3D..humang aih..
Sekarang ni bila nak gie tengok wayang je mesti kene cari movie yang ala2 childish sket. Maklum la nak masuk dengan bala tentera 2 orang tu. Bahaya kalau tengok citer2 yang ganas2, imaginasi tinggi sangat, pelakon seksi meksi..tak bleh.. tak bleh.. Bahaya! Hehe.. Tapi aritu punye la nak tengok sangat citer Adnan Sempit, aku pikul je hero2 melaya aku tu..lalala~~
Kali ni nak cerita pasal ke'jakun'an aku lepas tengok 3D movie yang bertajuk "how to train your dragon". Nak citer sinopsis memang u ols bleh google je. Lagipun takde maknenyer sebab sekarang movie tu dah abes tempoh tayangannya.
Memang real la weh..(dalam nada yang begitu beria). Siap leh nampak jenis kain yang budak pompuan(heroin) tu pakai. Mase scene air laut rase macam air laut tu nak kuar dari skrin..Fullamak!..Memang..memang..memanglaa...
Tapi cam biasa la, kalau tengok movie memang si efan akan lena tidur lepas 'subuku'. Nasib baik kandar tak tido mase tengok citer ni. Tapi yang memang lebih beria aku dan en.Amin la.. Hahahaha..sian kite ayah..zaman kite takde wayang canggih cenggini..hhuhuhu..
p/s : Sori kalau korang menyampah dengan kejakunan aku ni..maklum la..aku memang tak pernah tengok 3D movie. Ni la pes time but not the last time!
Daging masak lemak kacang panjang
Nama masakan..mak aii..panjangnyer. Tapi resepinye mudah sesangat. Orang kate sambil pejam mate pun bleh buat. Jangan pejam semua..pejam separuh2 je.. ehee..
Haa..ni la resepinyer.. Jangan la malu2 nak share masakan korang jugak. Boleh la kite pelbagai kan menu yang kite nak hidang kat si suami, keluarga dan rakan2..
Boleh la dihidang :)
Haa..ni la resepinyer.. Jangan la malu2 nak share masakan korang jugak. Boleh la kite pelbagai kan menu yang kite nak hidang kat si suami, keluarga dan rakan2..
Daging Masak Lemak Kacang Panjang Cik Soya
Bahan2:
Daging 300g
Kacang Panjang 4 urat
Santan
Serai
Serbuk kunyit
Bawang Putih 2 biji
Bawang besar 2 biji dibelah empat
Cili api secukup pedas(bukan secukup rase)Cara2:
Rebuskan daging dahulu sehingga empuk. Lebih kurang dalam setengah jam(ikut pada daging tu)
Dah agak lembut masukkan santan ke dalam periuk. Kalau pekat boleh tambah air sket.
Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.
Masukkan juga serai dan serbuk kunyit.
Kacau sehingga semua bahan mesra
Akhir sekali masukkan cili api, garam dan gula secukup rasa.
Tadaaa!...siap sudah..
Honeydew + milk
Bukak peti ais nampak honeydew yang aku dh potong2 semalam. Tawar sket rasenye. Ni kalau bukan aku yang habiskan ni, dah tentu buruk je dalam peti. Nak makan saje macam boring. Selak sana sini ternampak la susu manis. Hmm.. baik aku makan hnoneydew ni dgn susu. Dan untuk menambah keenakkannye lagi aku taburkan pulak dengan choc rice dan badam hancur..perghh...Mabeless!
p/s : Sile la mencube..
Badam tu lagi banyak lagi beh..
p/s : Sile la mencube..
Lagi-lagi Ben10
Lama dah aku and en.Amin tak belikan kandar dan efan omnitrix Ben10. Memang taknak beli dah pun. Balik2 bentuk yang sama. Kalau ade bentuk lain sket, bleh la jugak nak tolong belikan. Beli banyak2 pun balik2 kandar pakai yang sama jugak. Efan lagi la..bukan heran sangat pun dengan Ben10 nih. Yang die tau, kalau abang is ade, die pun nak ade jugak..hadoii..
Ni koleksi yang ade kat rumah aku. Tu yang masih elok(berfungsi). Ade lagu dan lampu. Yang rosak semua aku dah pos ke rumah mami..hihi..geram je mami. Kalau yang takleh gune semua pos kat rumah die..lalala~~
p/s : Bila dah lama2 diorang pun tak berapa minat dah kat Ben10. Zaman Ultraman is back!
Ni koleksi yang ade kat rumah aku. Tu yang masih elok(berfungsi). Ade lagu dan lampu. Yang rosak semua aku dah pos ke rumah mami..hihi..geram je mami. Kalau yang takleh gune semua pos kat rumah die..lalala~~
Same je kan..
Ni la febret kandar..
Makhluk asing..makkkk..larii!!ehe..
Isnin, Mei 03, 2010
Aqua Mania bukan Hotel Mania tau..
Aqua mania ni adalah nama sebuah kedai ikan air masin yang dimiliki oleh member rapat en.Amin yang bernama en.Shahril. En.Shahril ni dah kahwin. Ade seorang isteri dan dua orang anak pompuan(aku ade dua anak lelaki..alahai..padan la tuh..ngee~~)
Selalu jugak la kitorang gie kedai dia yang bertempat di sebelah Shell di Jalan Kuantan-Bypass(tatau alamat sebenar..hihi) untuk cuci2 mata. Sambil2 berangan nak pasang satu aquarium besar macam kat kedai en.Shahril ni. En.Shahril ni siap nak bagi satu aquarium besar la jugak suruh kitorang letak kat rumah. Tapi, aku tatau nak letak kat mane aquarium tu. Ni tengah memikir2 la tempat paling strategik nak letak mende alah tu.
Kedai dia buka dari pukul 6.00 ptg hingga 12tghmalam. Tu yang best tu.. Jom kite cuci mate tengok klip ni.. :)
p/s : sori video kureng memuaskan. Nak tengok lagi puas, sile lah singgah di kedai Aqua Mania..:)
Selalu jugak la kitorang gie kedai dia yang bertempat di sebelah Shell di Jalan Kuantan-Bypass(tatau alamat sebenar..hihi) untuk cuci2 mata. Sambil2 berangan nak pasang satu aquarium besar macam kat kedai en.Shahril ni. En.Shahril ni siap nak bagi satu aquarium besar la jugak suruh kitorang letak kat rumah. Tapi, aku tatau nak letak kat mane aquarium tu. Ni tengah memikir2 la tempat paling strategik nak letak mende alah tu.
Kedai dia buka dari pukul 6.00 ptg hingga 12tghmalam. Tu yang best tu.. Jom kite cuci mate tengok klip ni.. :)
p/s : sori video kureng memuaskan. Nak tengok lagi puas, sile lah singgah di kedai Aqua Mania..:)
Makan-makan
Malam sebelum bertolak ke kl aritu, sempat la kami sefamily keluar makan kat Ikan Bakar Ana, Tg. Lumpur. Jauh gak la Tg. Lumpur ni dari rumah aku kalau setakat nak keluar makan. Tapi sebab tak tau kat mane lagi nak makan ikan bakar yang sedap, so kitorang pun decide seeloknye makan kat situ la. Jauh sket takpe janji sedap. Dari dekat tapi tak sedap..takde maknenye kan...
Sempat snap beberapa ketul pic je sebab pas ikan bakar dah sampai, kitorang dah tak tahan nak ngap..haha..lapoo..
Sampai situ je dan snap. Bile ikan dah sampai, menu lain terus tak di pandang mata. Menu lain ade sup ayam(tak pedas punye) untuk anak2, ayam goreng kunyit, sayur campur dan telur dadar.
p/s : Ade plak adegan selingan sebelum balik. Efan jatuh tersembam dari kerusi ke bawah. Mujur ayah cekap sempat tahan kerusi. Semua orang pandang. Efan wat free show..hahaha..
Sempat snap beberapa ketul pic je sebab pas ikan bakar dah sampai, kitorang dah tak tahan nak ngap..haha..lapoo..
Piss..budak mate sepet -.-
Haaa!!
Nenek dan mama yang kontrol..padahal lapo..
Ibu yang lapo jugak..
Piss jugak ayah..
Abang is marah ibu amek pic die..lalala
Sotong goreng kunyit
Ikan aji-aji bakar petai..adehh..sedapnyerr..
Sambal kicap dan air asam..pekat tuh..slurpp..
p/s : Ade plak adegan selingan sebelum balik. Efan jatuh tersembam dari kerusi ke bawah. Mujur ayah cekap sempat tahan kerusi. Semua orang pandang. Efan wat free show..hahaha..
Hubby dan Ajinomoto..
Bunga orkid kat umah mak..cun kan..:)
Terbukak la cerita pasal sorang lagi member satu tempat kerja dulu. Katenyer.. member aku ni(aku namakan dia 'A',bukan nama sebenar) dah berkahwin. Lama tak lama la dalam 9 bulan jugak la. Cerita si A kepada member aku ni, diorang hari2 makan kat luar. Bukan ape, kalau dia masak pun si husband die taknak makan. Tak lalu katenyer..
Member aku tanye la pada si A ni, "ko masak tu rase tak dulu?". Yela..mane tau kot termasin sangat ke, termanis ke..memang la tak sedap di makan. Si A ni cakap la "mesti la rase".. "dah tu sedap tak?"tanye si member aku ni plak. "okla..ala,aku masak tak letak ajinomoto.Memang la rase tak sesedap mana" Ikhlas si A memberitahu. Yang member aku ni pun balas "Nape ko tak gune aji? Kan tu penyedap rase..gune sket takpe"..dengan pantas si A membalas "Sori beb, aku tak main la penyedap rase ni. Lagipun mende tu kan tak bagus untuk kesihatan".. Member aku pun terus diam..malas nak berbahas dengan orang yang tak reti nak kalah dengan orang lain.
Ape yang korang fikir bila korang bace cerita ni..?
What do you think..?
Seorang isteri yang sanggup merelakan sang suami makan masakan hasil air tangan orang lain(orang kedai yang kompem gune bahan penambah perisa dalam masakan), tetapi takkan sanggup merubah pendirian sendiri hanya kerana keegoannye sendiri?
Aku juga guna ajinomoto. Tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Bukan la dalam semua masakan wajib ditabur aji ni. Ade juga yang tak perlu. Pokok pangkalnye bukan sahaja aji penyebab semua penyakit. Apa saje yang berlebihan..garam, gula berlebih-lebihan juga bakal mengundang bahaya.. Fikir-fikirkan lah..
Alangkah manisnye kalau si A tadi merubah satu pendiriannya demi untuk memenangi perut sang suami. Bukankah cara yang paling berkesan untak menambat hati suami adalah melalui perut dan seks nyer..:)
Ahad, Mei 02, 2010
Udang oh! udang..
Tadi gie beli lauk sengsorang kat Tunas Manja Taman Tas. Kids duduk umah dengan en.Amin. Malas nak bawak. Kalau nak beli lauk2 ni lebih baik la tak payah bawak bebudak tu. Dari sekejap jadi lama. Semua mende nak..
Jalan kat bahagian ikan/ayam/udang dll nampak macam udang putih cun2 belaka. Aku pun ape lagi..amek plastik ceduk udang tu dengan sepenuh perasaan. Dalam kepala macam2 resepi keluar. Nak masak nasik lemak dengan sambal udang la, nak buat udang goreng tepung la, nak masak kari udang la. Udang ni jarang sket aku nak beli. Orang dirumah tak berapa minat. Tu yang kalau nak beli tu ngam2 untuk sekali masak. Pikir punye pikir..hmm.. last2 resepi ni yang jadi..
Tadaaa...
Memperkenal kan...
Udang Masak Lemak Cik Soya
Bahan2:
Santan 1 kotak
Udang 20ekor
Serai 2 batang diketuk
Bawang besar 2 biji dibelah empat
Cili api 2 biji(ikut suke nak pedas atau tak)
Serbuk kunyit 1 sudu kecil
Air 1 cawan
Cara2:
Tuangkan santan kotak dan air 1 cawan kedalam periuk
Masak di atas api sederhana
Bila sudah mendidih masukkan udang, serai, bawang besar dan cili api
Masukkan serbuk kunyit, garam dan gula secukup rasa dan kacau sehingga sebati
Biarkan udang masak seketika(jgn lama sangat nanti udang jadi keras)
Sedia untuk dihidang..
Aku makan dengan telur masak kicap dan ikan masin..Memang best wehh~~~
Ikan masin..
Cubalah!
Wanginyer..tenangnyer..
Garden Secret tu beli kat LENO..rm8.90 dua botol..
Jenuh round Kuantan nak cari tempat letak minyak aromaterapi. Cari kat Carrefour takde, kat Megamall takde, kat kedai bunge takde, singgah kat Cowboy..pun takde. Last2 berhenti kat Giant. Tu pun memang dah last choice. Kalau takde jugak, memang kene google dan beli online(nak sangat punye pasal..lalala).
Masuk Giant terus tuju kat kedai HINODE. Hinode ni kedai rm5. Semua barang pun rm5 excluding teddy bear. Aku terus masuk dalam. En.Amin survey kat area luar. Tetibe kedengaran suara en.Amin memanggil "ibu,ni haa..".. Aku pun dengan sepantas kilat berjalan ke luar. Bile aku tengok...Mak Aih!..memang serba mak nenek bentuk bekas ade. Rase cam nak peluk budak promoter kedai rm5 yang tengah senyum comei kat aku.
Aku pun ape lagi..terus pilih dua bekas yang paling cun(abeh cun dah tu rasenyer). Pastu dan lagi ambik lilin kecik tu sebekas dan satu lagi minyak aromaterapi bau "Cool Water". Lima hengget je kan..:D
Yang ni satu..
Yang ni lagi satu..
Letak pati tu plus dengan air..pastu letak dalam tu..
Letak lilin kat bawah tu..
Bau aromaterapi ni wangi sangat. Buat kite jadi positif. Penat buat kerja rumah, melayan anak, jadi cikgu, jadi tukang masak dll :D.. Bile bau je aromaterapi ni..everything going smooth and relax
Yela..siapa kate surirumah tak stress @ takde kerja. Silap besar tanggapan tu. Bile ade anak kecil lagilah tak sempat nak duduk rehat. Kadang2 sampai skip makan pun tak sedar. Menjaga anak2 tak same dengan kerja di opis. Kerja kat opis, bile kite penat kite boleh duduk rehat. Gie minum ke, gie sembang ke..at least gie toilet tengok2 muke. Tapi dengan anak2, kite penat ke, kite ngantuk ke, kite demam ke, kite nak "membuang" ke..kite kene depends pada anak2 kite. Tak mungkin kite boleh tidur waktu anak2 kite jaga. Takkan kite boleh duduk rehat kalau anak2 kite minta itu dan ini. Penat macamane pun kite kene layan kerenah mereka. Dan aku rase most of ibu2 kat dunia ni pernah masuk toilet nak "membuang" bawak anak2 skali.. Dah tak tahan sangat, kalau tinggal anak kat luar nanti, bimbang jadi sesuatu. Easy way,bawak anak sekali dalam toilet. Ibu melepas..anak2 bagi la main air..hahaha..
So, dengan bauan minyak aromaterapi ni banyak memberi ketenangan minda kepada para ibu yang sangat dedikasi menjaga permata hati kite..
Try la..insyaAllah pasti tenang.. :)
Langgan:
Catatan (Atom)