Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Ini adalah sebuah naskah terbuka hak milikku. Catatan harian, perjalanan hidup, pengalaman pahit manisku ada di sini. Semuanya tentang diriku, keluargaku dan insan2 yang terdekat denganku. Moga ada ilmu bermanfaat yg bolehku kongsikan dengan u ols :)



Selasa, Mei 04, 2010

Daging masak lemak kacang panjang

Nama masakan..mak aii..panjangnyer. Tapi resepinye mudah sesangat. Orang kate sambil pejam mate pun bleh buat. Jangan pejam semua..pejam separuh2 je.. ehee..

Haa..ni la resepinyer.. Jangan la malu2 nak share masakan korang jugak. Boleh la kite pelbagai kan menu yang kite nak hidang kat si suami, keluarga dan rakan2..



Daging Masak Lemak Kacang Panjang Cik Soya

Bahan2:
Daging 300g
Kacang Panjang 4 urat
Santan
Serai
Serbuk kunyit
Bawang Putih 2 biji
Bawang besar 2 biji dibelah empat
Cili api secukup pedas(bukan secukup rase)

Cara2:
Rebuskan daging dahulu sehingga empuk. Lebih kurang dalam setengah jam(ikut pada daging tu)
Dah agak lembut masukkan santan ke dalam periuk. Kalau pekat boleh tambah air sket.
Kemudian masukkan bawang putih dan bawang besar.
Masukkan juga serai dan serbuk kunyit.
Kacau sehingga semua bahan mesra
Akhir sekali masukkan cili api, garam dan gula secukup rasa.

Tadaaa!...siap sudah..

Boleh la dihidang :)