Bunga orkid kat umah mak..cun kan..:)
Terbukak la cerita pasal sorang lagi member satu tempat kerja dulu. Katenyer.. member aku ni(aku namakan dia 'A',bukan nama sebenar) dah berkahwin. Lama tak lama la dalam 9 bulan jugak la. Cerita si A kepada member aku ni, diorang hari2 makan kat luar. Bukan ape, kalau dia masak pun si husband die taknak makan. Tak lalu katenyer..
Member aku tanye la pada si A ni, "ko masak tu rase tak dulu?". Yela..mane tau kot termasin sangat ke, termanis ke..memang la tak sedap di makan. Si A ni cakap la "mesti la rase".. "dah tu sedap tak?"tanye si member aku ni plak. "okla..ala,aku masak tak letak ajinomoto.Memang la rase tak sesedap mana" Ikhlas si A memberitahu. Yang member aku ni pun balas "Nape ko tak gune aji? Kan tu penyedap rase..gune sket takpe"..dengan pantas si A membalas "Sori beb, aku tak main la penyedap rase ni. Lagipun mende tu kan tak bagus untuk kesihatan".. Member aku pun terus diam..malas nak berbahas dengan orang yang tak reti nak kalah dengan orang lain.
Ape yang korang fikir bila korang bace cerita ni..?
What do you think..?
Seorang isteri yang sanggup merelakan sang suami makan masakan hasil air tangan orang lain(orang kedai yang kompem gune bahan penambah perisa dalam masakan), tetapi takkan sanggup merubah pendirian sendiri hanya kerana keegoannye sendiri?
Aku juga guna ajinomoto. Tetapi dalam kuantiti yang sangat sedikit. Bukan la dalam semua masakan wajib ditabur aji ni. Ade juga yang tak perlu. Pokok pangkalnye bukan sahaja aji penyebab semua penyakit. Apa saje yang berlebihan..garam, gula berlebih-lebihan juga bakal mengundang bahaya.. Fikir-fikirkan lah..
Alangkah manisnye kalau si A tadi merubah satu pendiriannya demi untuk memenangi perut sang suami. Bukankah cara yang paling berkesan untak menambat hati suami adalah melalui perut dan seks nyer..:)